SHOUT OUT LOUD!


Wednesday, November 23, 2011

Community Policing ....

23 Nov. 2011
Bagi merakam penghargaan kepada seluruh anggota Polis yg berjaya menyelesaikan kes di atas kami seisi keluarga mengucapkan berbanyak terima kasih. Kes ini ditangani dengan penuh hemah oleh SM Ku , Insp. Assan & ASP Safuan. Sekali lagi terima kasih kepada rakan2 yang membantu mengharungi 2 minggu yang mendebarkan. Semoga Allah membalas jasa naik kalian...
Nak di ulas panjang pasal penemuan kembali basikal dan kes perbicaraan pada entry ini rasanya tak berapa sesuai. Cukuplah sekadar ia beri pengajaran kepada saya . Tanggal 23 November 2011 milik saya dikembalikan, sekaligus menafikan telahan ramai yang ianya akan lunyai sehingga kes selesai.
Kebetulan pada sebelah malamnya IPD SPS, Jawi menganjurkan aktiviti Community Policing peluang mendekati anggota polis yang minat berkayuh tidak dilepaskan.....
Milik ASP Safuan ..... Si Rusa merah 11k .
Jarak kayuhan sekitar 38 km merentasi Sg Duri , Taman Ilmu , Parit Buntar , Tanjung Berembang & Nibong Tebal disulami dengan 5 hentian(Check point) benar2 membawa erti SANTAI pada malam itu...
Syukur cuaca malam begitu baik , walau mengambil masa 3 jam untuk (9-12.00 malam) penyertaan aktiviti ini bagi kami cukup bermakna ...........

Tuesday, November 15, 2011

LeTua XXX Challenge

Event : LeTua Tripple Cross XXX Challenge 2011
Category : MTB, RB & Fixie
Date : 13th Nov 2011
Location : Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang
Trail : 80 km offroad & onroad.
Team 3G : 11 participants
PIC : Joe
Pics : FB Rusaini Nacar Darus

Pagi yang sgt cerah....
Mana dia hang kata 2000 orang....??? tak mencabar la camni...aku nak race dgn fixie....hahaha

Penganjur bg short brief...ni fun ride bukan race...ni fun ride bukan race!!...hampa reti ka dak..??? nanti kat CP stop dulu makan roti john dgn epal....jgn dok buat star ... heheh

Segarr lagi... & berkobar2 nak terjah 80km tuu....

Akhirnya...race..hmm fun ride.. berjalan dengan lancar...suasana nyaman bendang tengah menghijau kiri kanan laluan mmg best....

Koay Teow Kerang mmg sedap....panas2..

Macam biasa la..lepas race... mesti ada cerita2 best dari tukang2 karut bertauliah..

Tamat,

Monday, November 7, 2011

KECURIAN ALERT! TCR COMPOSITE 1 7& CANNONDALE F7

Salam! Mintak kerjasama dan ihsan rakan rakan sekiranya ada makluman tentang kehilangan basikal milik saya. GIANT TCR Composite 1 2011. Kejadian disedari jam 8.00 pagi tadi. Bilik/stor simpanan di luar rumah saya di pecah masuk. Turut serta dicuri ialah Cannondal3 F2 (White/pink) milik isteri
Giant TCR composite 1 2011. Full specs Size M with Fizik Arione & Giant Axact pro Wireless meter

Cannondale F7 Xs size women specifics...Fullspecs (standard)

Mohon dihebahkan kepada rakan rakan berbasikal lain dan sekiranya ada maklumat yang berkaitan boleh berhubung terus dengan saya di 0194117998 (phyezarl). Allah sahajalah yang mampu membalas jasa baik rakan2 sekalian......terima kasih!

Tuesday, November 1, 2011

Jamboree Kuale 2011

Event : Jamboree Kuala Kangsar 2011
Date : 30 Oct 2011
Location : Kuala Kangsar, Perak
Team 3G : 24 participants
PIC : Zuraidy & Ayah E

Antara jamboree MTB terbesar 2011, kesinambungan kejayaan jamboree Kuale 201o yg lalu, Tahniah Penganjur dgn penyertaan lebih 2000 org,
Tapi berlaku beberapa kejadian yg menyebabkan ketidakpuasan hati para rider dgn pihak penganjur telah mencacatkan sedikit edisi tahun ini, ..tak pasti samada kejadian biasa atau luar biasa. Tapi cara startingnya sgt2 luar biasa....tak best langsung, harap jgn buat lagi la mcm tu.

yang lain2 rasanya semua ok. Sebab lepas kayuh kami semua balik ke homestay rest, bwk family jalan2 & makan2. Malas nak tunggu kat arena..panass...kesian budak2.

& ...Trail Kuale mmg hebat & mencabar, single trail yg menarik...DH yg hebat...


Sabtu, otw ke kuale, singgah di R&R bukit merah.....



Mkn mlm sambil tgk final piala m'sia....

Awal pagi di homestay....kalut..ada tayar pancit plak...

+-2000 peserta di tengah2 jalan utama pekan, dicampur dgn kesibukan pagi hari minggu pekan Kuala Kangsar pakcik makcik nak ke pasar....., sgt2 sesak. Pengguna jalan raya terperangkap, riders hilang arah tuju....fening starting 2x... :)

Rider 3G paling awal sampai....Iskandar (3rd open) & Halim (4th open).

&...wan alma & Ayah E ...top 20.

Penyokong setia.... kat finish line.....

Tamat....jumpa lagi di next event : Le-Tua XXX Challenge.