SHOUT OUT LOUD!


Sunday, August 24, 2008

Thomson Trail Unlimited

Buzy betul hari nie. Seharian ngabihkan assignment sampai nak masuk solat Jumaat. Balik umah pastu g JPJ. Then bawak orang umah ke Jusco (AEON Mall) B.M opening. OO penin nak masuk BM! Ke Kricko ajelah - beli resen (kurma + roti + air dll) kelengkapan ke Cameron.
Teruk benar bunyinya! Mana taknya Abg Mat Noq pesan berulangkali pasal persedian nak ke Thomson Trail nie. Apa pun dia memang best dalam ingat mengingatkan kawan2.
Pukul 8 baru masuk umah dan berkemas. pukul 9.00 Abg Mat Noq dah siap datang umah bawak bike rail untuk attached kat roof top aku. Dah siap pasang - terbalik rupanya!!! Bike aku ngan dia side by side in diffrent face direction. Dok teringatkan kawan2 yang dok nunggu atas highway kitaorang terus gerak (me + wife + Abg Mat Noq).
Kali ni akunya N95 put up to the test. Abg mat Noq nya Hp batery kong! Walau dah recharge kat umah aku tadi tapi HP dia masih tak leh wake up. No Hp kengkawan lain gone takleh reached -ketua rombongan ada ngan aku. Nasib baik leh 3G dan check semula email yg Abg mat noq antar dulu; boleh la jugak check no hp kengkawan.
Shidi called dia dah sampai hentian sebelah Sg Bakap. Then Megat passed us. Wari masuk Tol Jawi. Semua orang gerak dan kumpul d Bkt Merak RnR 11.00 mlm. (Wari n family + Megat n family + Jamil n Hafiz)

Megat ngan Giant nya yang tak renti berkedip-kedip tail light dia.

Shidi ngan bike rack nya yang nampak NGAm sangat ngan keta nya.

Masuk atas highway nampak cam lori kontena besar dari belakang avanza nih. Wari siap tegur masa sampai Berinchang, " Aku nampak Megat nih laju gila kejar kereta depan dia naik bukit; tak dapat dapat pun". ekekekeh!

Sampai Berinchang dah dekat pukul 2. Ingatkan nak refeul rupanya defeul(ken**ng)! Sejuk wo! Patut la laju jer Megat lead. Sharol ngan Sham dah sampai dan siap landing dekat area nih.

Masjid yang menjadi saksi kedatangan kitaorang.

Dah nak masuk 3.00 pagi. Sejuk punya pasal ada kengkawan yang berjaga! Tak leh tidoq. Yang berdengkoq pun ada......heheheheh!
Apai dan kawan2 sesumpitnya dari K.Lumpur pun ada sama.Subuh di sina tak tercerita dek aku. Memang sejuk. Gaya nak terlelap entah dari mana datang pulak satu rombongan yang masuk masjid dan bukak lampu terang benderang. Geng wanitanya masuk dan lihat aku ngan wife tengah tido.
Segan punya pasal aku keluaq dan tengok Shidi dok meliti. Sejukkk!!!! Lepas solat subuh pakat bersarapan semua orang. Nasi lemak jadi favourite semua. KECUALI Apai.... makan coklat! Biar betul???? Aku snap jugak la gambar 2-3 keping kat sini tegah melantak tapi tak tau mana perginya gambar tuh..... kalau kalau kengkawan yang terbaca post nih ada gambar2 tolong la kirimkan kat saya ya!

Lepas makan bertolak ke lodging (bunglow) yang letaknya 14 km lagi kata Megat. Dia awai2 lagi dah cabut. Aku , Wari dan Shidi jenuh ngejar terlajak turun pasal mengingatkan 14 km lagi bunglow tu. Mat Noq pulak tak pasti kat mana tempat yang Megat maksudkan.

Cheh!! rupanya tak sampai sekilo pun dari tempat makan tadi. Psiko! Psiko! Megat nih.


Pukul 8 kita orang keluaq dari lodging. 8.25 sampai ke start/finish point dan d brif oleh Tok Megat.
"Kita akan masuk 46 km; 21 km turun dan 26 climb", kata dia yang sentiasa tersenyum.
Let's do the math! Lagi 1 km???? a'aaaahhhh! ikut sajalahhhh.......ekekekeh!

Megat n wife yang sedondon. Coupled contoh.Abg Mat Noq... lead the ride.

"5 km ride nampak stesen minyak then turun belah kiri. Hati hati ngan jalan yang jalan yang tengah di bina dan kereta2 sayur (keadaan traffik) disana." Pesan dari ketua2 yang perihatin .

Salute!

Masuk! Masuk! Dalam satu lorong......hati2 ngan laluan kereta lalu lalang.

6 km going down....memang syok layan sampai terlupa yang kita dok beremba (naik 2 lorong) ralit sembang ngan kawan sebelah dan layannnnn.
Peluh pun tak terasa sangat lagi. Memang best turun jalan nih. Sejuk angin terasa! Jangan ada lori melintas ja dengan asap yang menyesakkan dada.

Hentian kedua.
Sham! Lupa aku lupa nak tanya. No 747 tu ada Ong tak?

RM 13 K basikal si Apai nih!!!

Jamil still going strong.Salute dia punya semangat.

Climbing sebelum sampai ke hentian 3. Dari sini aku boleh nampak 1 truck bawak pelancong naik bukit yang agak curam nih dok terjeri jerit. Seronok ker takut ker entah lah. Tapi tengok truck tu climb pun semacam jer terhegeh hegeh. "Gear 2 pun tak naik lagi" kata Apis. Aku ingat kan bukit tu yang nak kena kami climb.

"Dak !!!!" Megat sampuk."Tapi boleh kalau nak climb", kata dia.

Fuhhh!!!! lega aku.....
layan kurma hat hentian nih.Sampai kat sini masing2 gelakkan aku. Sayang basikal sampai sangkutkan end bar kat wire grounding tiang elektrik sebab xda parking yang sesuai.

Next stop; kayuh dan kayuh climbing sampai hentian kat bawah nih. Cantiknya pemandangan kat sini memang sesuai di buat wall paper. Tapi dsebabkan masa dan kengkawan yang tak mahu aku biarkan jauh sangat menanti aku. Tak dapat la aku nak amik banyak gambau2 di sini.

Untuk Najib, Jais, maskut dan Zuraidy; next time kena la p trip nih. Syok Woooo!!!



Sampai dah nak kering baju Shidi nih nunggu kawan2 yang belum sampai. Relax!! Kurma, kurma kurma......teringat bulan posa yang dah nak dekat.

Kayuh lagi dan sampai kehentian yang seterusnya. Line uip kat bawah nih nak tentukan sequence orang yang nak turun ke bawak layan 9 km down hill. Apai dan best freindnya lead. Beberapa meter kat depan depa masuk simpang kiri ke jalan lain. Diaorang jerit tanya atas @ bawah? Apek yang jaga kebun yang jawab-Atasss!!!

Sharul , Wari ngan aku tergelak. Nih mesti Apek tu nak promosikan jalan2 dalam kebun sayur dia. Rupa rupanya memang si Apek tu ikhlas nak tolong bebudak kat depat tu. depa slah jalan. Jenuh hamput jugak si Apai tapi dia nih berjaya pintas kami semula.Turun bukit memeng favourite dia. Tu belum cerita bab2 makan dia lagi....fuyyyyooo ngeri dan dasat!

9km nih memang ngeri ngan laluan air dan lereng.

Eh! Dah abih 9 km turun?

Gambau! gambau mesti mau.
Di sini la letaknya Tesco yang disebutsebut tuh. Ada jugak kawan2 kia yang p borong peti ais kat situ (keropok). Sebelahnya rumah yang dicat kuning - Couts Mammoth lah agaknya pulak.Sek Kebangsaan Meason.
Bukit Meluat memanggil manggil.


Tak pa la! Depa tinggai aku jauh sikit pun tak ngapa. Yang nih kena amik gambar jugak -kemusnahan hutan atas nama pembangunan dan pertanian.Yang bertanda merah tu gambau Sham yang tengah melayannnnn....

Checkpoint yang seterusnya penempatan orang asli yang kebetulan pulak ada program dakwah....
Cuci mata!!
Okey? Okeh!
Jamil - suka dia melayan budak budak nih. Bahasa diaorang nih memang janggal sangat. Aku ada amik video bebudak nih. nanti aku uploadkan.Wari kena kerumun sain otograph!!! Pemurah Wari nih -kasik gula gula. Sekali bebudak tu panggil kawan kawan dia sekampung , "abihhh dahh!", kata Wari.

Climb n Rest!
Shidi dah tukau uniform.
Naik bukit belakang kampung nih bermula perjalanan baru.....Meluat, nyampah suma ada. Aduuiihhh apa la aku buat hari nie? Knapa la aku ada kat sini hari nie ....?
antara keluhan yang aku dengar dan ada terlintas kat hati aku. Panjat - kayuh - tolak kat 3km sambil menghitung bila la nak habis.

"Hang tak yah tengok aa meter tu; sat g hang tension" kata Sham kat aku tersengih.
Sampai jugak ke hentian seterusnya buah last Bukit Meluat!

yang mandi pun ada....Tak terkata dah aku.... bagi signal ja kat Sham mintak amik gambau. Buah tangan yang aku dapat pada trail nih. Koyak Fox aku baru 2 kali pakai. Sampai ari nih aku nulih 29hb masih terasa sengalnya.
Turun dari Bukit Meluat masuk ladang Teh. Sampai selekoh nih kaki kanan cramped, balik sana selekoh aku dengar Sham pulak berAdoiiii - cramped jugak. Nasib baik ada Abg Mat Noq yang sejak dari air terjun tadi accompany kami (+Wari).


Tetiba Apai n Hapiz patah balik. takut tersesat dalam ladang teh kata nya. hafiz sempat test basikal si Api nih. Best woo kata Apis.

Seterusnya 3km lagi perjalanan di teruskan ke kawasan penempatan pekrja ladang teh. kalau tadi kaki kanan, kaki kiri aku pun cramped jugak. Kali nie basikal dah boleh lempaq2. Sampai kat hentian (kedai barang) seterusnya kaki dah ngeletar. Tdoq lena sat lepas kena 100 plus Mat Noq kasik sementara tunggu Megat dll baru aku rasa lega. Bangun Megat ah sampai dan dia tanya sapa nak tunggu Jamil yang dah overdose. Mula mula aku nak volunteer. tapi setelah di kejutkan ngan panggilan BELIA! BELIA! WAKE UP! jOM KAYUH! Terus aku berasa tercabar dan bersemanagt nak abihkan kayuhan. Masuk "HyperMarket" kat situ telan panadol 2 biji. Terus rasa O.K!

Sepanjang perjalanan. Sham dok bagi semangat kat aku. "Ingat nak habihkan saja Faizal".

Aku pun kayuh ja... pegang kata dia sambil layan pemandangan yang mendamaikan kat sini. Akhirrnya!!!
Aku sampai ngan Hafiz sebelum Sham ngan Wari.

Mission Accomplished! Apis tolong snap gambau nih!!!!
Layan 6Km lagi down hill dan sampai starting point at 5.30 ptg. Memang masyukkk!!!

Sampai lodging jerr teruss brehat. Wife kena balik esok ada kerja d Kuala Gula.

10.oo malam dari Berinchang selepas makan; sampai kaki bukit Simpang Pulai jan 12++. Banjir!! Front skirt kreta terlondeh dan terlipat. Left mud flap and engine bay cover pun ikut sama jahanam redah banjir. Nasib baik ada Sharul dan Sham yang terserempak ngan kami. Kereta aku dah sarat.Nak cari tools pun dah maleh! Mujur Sham ada untuk kerja kan kereta aku tuh. Thank You friends!

Thank You semua yang Sabar ngan aku!!! terima kasih kerana buat aku yakin pada kemampuan aku. Pada yang masih simpan gambar2 lain forwardkan kat aku OK!