SeLaMat Hari RayA SeMua! Hari nie hari yang mengumpulkan kita semua berkayuh ke 300. Walau plan bertukar kesepakatan tetap teserlah. We are bikers and bikers are brothers - pinjam kata2 MBC (Malaysianbikersclub). Mat Noq, Zuraidy, Mie, Maskud, Zainal, Abg Mat, Cikgu Hadi, Shahru,Najib, Wari dan anaknya serta aku turut berpeluang bermaaf maafan sementelah Hari Raya masih terasa. Terima kasih Zainal yang mempelawa kami suma buat kunjungan ke rumah beliau setelah meneruni lembah 3000. Mudah mudahan Allah murahkan rezeki .....Amin.
Persiapan di atur seawal 8.00 dan 8.30 berkumpul di Sg Duri. Pukul 9.00 semua bertolak. Kali nie Zuraidy bertindak sebagai kameraman dan adiknya buat pertama kali mengikuti track ini.
Seperti biasa Mat Noq a.k.a Penghulu menyatukan group.
Cikgu Hadi ....... teringat jumpa beliau waktu beliau bawak student sekolah menuruni Tok Kun.
Zainal tuan rumah terbuka.....
Mie.... bersemangat
Lama tak jumpa banyak benda nak bercerita.....cerita apa gamaknya?? basikal la tu...
Tak berjanji tadi kalu tak boleh pakai jersey kuning sama ramai-ramai....
Lock ka bukak?. Bukak ka lock?
Najib free style / down hill.............
Ubat nyamuk tak dak? Krim hensome ada la (UV sunblock)
Pakat2 ayat XT Abg Mat
Kuat nah Wari nih......
Penghulu bagi taklimat...........
Shahrul! Tak bawak Sham (kena kerja)
Pikaq apa tu Jib. Lama tak kayuh pun gagah lagi nih..........
Ave 2+ km /hour Tar climbing bermula............
Amik gambaq FoX sndiri ka Di?
Sedap gak layan lagu2 di main Cikgu Hadi nih......tambah semangat katanya...Layan!!
Tolakk pertama!!
Rilek dulu !!! Ada lagi nih.....
Baca doa Mie?
Zainal dok hembuih2 basikal sikit sebelum naik.....kikikih!
Off Road climb pertama....
Still going strong.....
Sampai sini aku terpaksa hempas basikal + SID aku.....sayang wo ...apa bleh buat ? Taya dah masuk laluan air.
Teknik menolak basikal.........
Abg Mat tetap steady..... Layaknya orang berpengalaman
Tak toleh belakang lagi dah....
Penghulu best.....jaga anak2
Gambau adik beradik......
Inilah yang 300 offer kepada pengayuh basikal....
Amik peranan menunggu rakan2 baru pulak sambil curik2 angin.....Letih rupanya kayuh skejap2 nih.....
Baru aku mengerti maksud tolak lebih teruk dari kayuh.......Walau dah jauh aku pergi 300 mengajar aku slow and steady. Tak percaya cuba bernafas dengan rilek dan kayuh dengan berkadar sahaja.
Penghulu perlahankan kayuhan dan inject semangat baru pada kawan kawan yang first time naik 300 nih.
Aku nak berada d sisi member2 nie supaya tak nanti jadi perjalanan ke 300 kali terakhir bagi yang baru cuba.
Santai sambil amik gambau......
Kalu perati betul2 di celah2 rimbun tu ada kawan2 kita yang sedang melintas menuruni bukit. Gambar ini diambil bersebelah cerun bukit tersebut d mana kayuhan climbing diperlukan.
Satu lagi pendakian menanti...........
Modal yang sama di gunakan untuk galakkan.....Tak jauh dah! Satu selekoh ja lagi pas tu sampai la......kikikih! Aku dan terkena ngan Abg Mat dulu.
Penghulu menunjukkan cara yang betul naik bukit.....
Successs!!!!
Yang dah sampai apa lagi? Halau nyamuk la.......kikikih!
Kudrat? Tenaga? Stamina?........teringat arwah atuk dulu ada sebut perkataan "riang". Pada aku "riang" anak wari ni lah yang push dia sampai habih track.....Mind over Power!!
Seronok tengok keakraban dalam kumpulan nih.....Anak ngan Bapa....Adik ngan Abg.......Ini lah yang unik bila beriadah.
Turun Bukit baru nampak tersenyum skit.......naik bukit bukan senyum .....terenyih!!!! Hahahaha!
Rehat dulu ....amik angin sat; sebelum DOWNHILLLLLLL!!!!!! Best gilerrrrr!
Shahrul ngan Zainal dah lama sampai. Baju pun dah kering.....Tak dak reaksi letih langsung.
Ad jugak lagi cadangan p bumbam! (mandi air terjun).
Penghulu buat pengumunan: Makan!!!! yeahh!
Sapa cadang?....sapa bangkang?.....sapa sokong?..... Bermusyuarah cara berhemah.
P Open house Zainal.....
Najib dah ready nak down hill.......Walau crankset dah menjerit jerit mintah di rehatkan.....
Line up basikal basikal champion...........
Cari pot penting............
Terima kasih tuan rumah..............
Balik!!! Plan A Junjung Plan B Langkap untuk besok!
SHOUT OUT LOUD!
Saturday, October 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment