SHOUT OUT LOUD!


Thursday, September 24, 2009

BORR sesudah subuh!

Khamis 24/9/09
Jam 7.00 ~ 8.15 a.m
Kg Baru, Sebrang Jaya where its all started..........

Sejak petang hari raya pertama aku dah berada di umah mertua (Kg baru Sebrang Jaya) setelah berkunjung ke umah mak dan mak2 sedara yang lain di Jawi pada paginya. Meriahnya hari raya kali nie cuma buat si kecil. Aku masuk kembali bekerja pada raya ke-3 (23/9/09), dengan hati + perut yang amat berat. Nak wat cammana tak leh amik cuti emergency/mc lebih 3 hari????
Kenyang perut pun terpaksa la p jugak........melahu!

Sunyi jerr kat kat Opiss nie. Setan mula menyanyi........."OOo basikal tua!!" Teruih teringat kat beskal aku dan hari2 yang akan kulalui berikutnya bilamana berada d umah mertua aku. Terus balik umah angkut beskal ke Sebrang Jaya...

Pagi 24/9 (Khamis) jalan raya masih lengang........kayuhan dari lebih kurang bulat (round about) Sebrang Jaya terus menuju ke dermaga dan sussur masuk ke BORR.

Tinjaun dibuat ke lokasi yang berpotensi untuk memancing....Uiihhh!! banyak sungguh aktiviti yang aku teringin nak buat skarang nih......Mancing , Ride , Drift (kikikih! SSSShhhh!!! Aku ngan Zuraidy ja wat menda2 nih wat masa nih)
Next destinasi ke Pantai Bersih...........nak tengok belangkas!
BORR (Butterwoth Outer Ring Road) nih memang popular ngan pengayuh tegar d waktu malam, tak kurang jugak dengan kaki pancing, rempit , sprint dan cerita2 yang menyesakkan seperti yang banyak tersiar di Mastika dan surat khabar.........Malam2 ujung minggu disini memang meriah dahulunya sebelum laluan ini dijadikan laluan bertol.
Bayu laut di pagi nie buat aktiviti riadah lebih menyeronokkan.
Pejalan kaki / joggers jugak tak lepas peluang menggunakan lebuhraya ini. Depa nie bukan geng kereta/bas rosak, sebaliknya jalan2 makan angin....
Tol ......... Apalagi sosial obligation yang ada buat mereka yang di atas sana? Sedih bila banyak accident berlaku di jalanraya. Sikap? Selalunya sikap mereka yang terlibat jadi persoalan. Macam mana pula sikap orang yang membina/merancang /design / meluluskan projek jalan raya? Jarang sekali disingkap bukan. Ahhh!! Maleh lagi nak cakap..............

Yang ini pun bukan gambar warga2 emas yang ke tandas sementara bas rombongan/pelancong berhenti rehat. Sebaliknya mereka2 nie local people dari kawasan perumahan berdekatan yang beriadah....jalan2 makan angin.
Sapa kata belangkas takdak p beraya.......Ada la! Tu dok tidoq dalam keta...
Inilah kehidupan......Tak jauh dari pantai kelihatan bot kecil sedang mengaut hasil laut, walau hari ini hari raya ke-4, kita masih bergembira.
Nelayan2 ini mencari rezeki untuk kelangsungan hidup mereka dan kita semua......Laut! Dengan kebesaranMu. Aku bersyukur!.
Di sepanjang persisir pantai nie kelihatan ramai sedara2ku berjogging.
Eh! Cammana la aku boleh terlepas pandang kat mereka2 yang dok mancing? Yang dah start mancing pun dah ada......

Ini pulak set set warga tai-chi. Sampai di kawasan perumahan rumah pangsa nie terasa sunyi pulak. Biasanya hiruk pikuk.........Lain kali aku datang lagi.........U-Turn.

Next destination balik ke Sebrang Jaya melalui Chai Leng Park (Linkin Park ada kena mengena? Tak!)

Jejambat......
Komtar dan Bukit Bendera dok manggil!
Melewati jejambat ke pelabuhan FERI.

Memang masyuhk pagi nih!!

Peak of the route.......
Berapa lamkah lagi kampung ini dapat bertahan dari arus pembangunan????

Kelihatan jeti bot yang digunakan untuk membawa para pemancing untuk memancing di bawah jambatan. Se ingat aku trip yang lepas RM15 dikenakan sorang itu pun rate 2 tahun lepas .Tahun nie tak tau la. Buat yang taknak ke berkenderaan hingga ke pulau untuk memancing dibawah jambatan, ini lah tempatnya. Pengalaman aku, mancing di bahagian tanah besar nie tangkapannya kureng sikit. Abih koman kena gelama pun yang kuning2 warnanya (kena minyak kot).
Nampak bot keluar dari jeti buatkan aku terliur nak mancing. (Bro Warray! Jom!!)
Perati betul2 nampak limbungan Feri. Sepengetahuan aku di sini bersemadinya feri2 untuk dibaik pulih. Bila pi pun nampak macam fer yang sama. Teringat aku kisah feri yang dimodified dan dibuat restoran terapung di Kuala Muda. Ada lagi ka?
Melintas di tengah laluan lebuh raya (sebelah kanan) kelihatan muara menghala ke laut lepas.....
Sukacita dimaklumkan gambar yang dipetik sedikit membuka pekung..........Aku kurus dah!!!! heheheh!
Main lintas lintas sesedap hati aku ja......
Dah masuk pukul 8.00 pagidah nie......elok aku balik dulu. Kang kena sumpah dek mertua.....
Kayuh malam di BORR? Belum ada peluang lagi.........Aku turut dalam pantang! Lepas nie sapa sapa nak kayuh pagi jumaat mintak inform aku sama Ok? (Aku dah masuk time zone Kedah -cuti jumaat n sabtu). Any update on ride mintak tolong inform aku untuk diupdate........Terima kasih! n Selamat Hari Raya!

No comments: