Siaran tertunda Malakoff 1 Jan 2010..........-+
Kes tak bawak kamera sendiri......maka gambar2 ini dikutip dari ehsan rakan2 yang turut berkayuh pada hari itu. Terimakasih buat Say_full dan Pon HawkMTB.
Man (KUBOTA)....Dengan tayar 2.35 tu kat mana pun dia boleh redah. Hatta ke Hadyai........KPLR'09. Memang respek abih!!!
Dari kami di 3G > Phyezarl, Masgut , Say_Full, Abg Mat, Man Iguana, Azhar BH .
Kayuhan merentasi Jambatan Pulau Pinang memang kami tunggu2, apatah lagi sejak laluan tambahan dibuka. Difahamkan oleh penganjur inilah kali pertama ianya dibuka buat basikal sejak laluan tambahan dibuka.Hari dan waktu lain maap ya! Basikal NO ENTRY!
Sesudah subuh jam 6.45 lagi aku dah berada di sini dengan Say_Full. Oleh kerana registration kami directly ngan pihak Malakoff, plate no collection kena buat pagi nie. Letih si Say_Full menunggu nombor nie sejak petang kelmarin.
Autocity menerima kebanjiran peserta kayuhan ............
Pukul 8.00 ja semua gerak.....
Bertali arus jadinya sambil diescort oleh POLIS.
Nyaman betul pagi TAHUN BARU nie.....
Keciwian mula melanda bila berada di tengah2 jambatan
Takbleh brenti lama-lama......kena hambat dek escort!
Terlunas sudah hajat nak berkayuh di jambatan Pulau Pinang..........Kini peloton berbelah bahagi untuk ke Balik Pulau atau merentasi pulau melalui Jalan Air Hitam setelah melewati bulatan (roundabout) Bukit Jambul. Kami pilih Jalan Air Itam bersama beberapa peserta kayuhan lain..........Ada sekeluarga RB yang datang jauh dari KL turut beserta kami.
Terus ke Taman Bunga mengekori lori Sunkist penganjur....
Menunggu kawan2 lain ..........Hari ini hari Jumaat jadi semangat untuk berkayuh agak kurang kerana mind set ialah untuk pulang lebih awal bagi solat jumaat. Kayuh pun tak sampai 2 marhalah.......sendiri mau ingat la!
Menuju ke garisan penamat ala-ala kayuh mersa.
Dah tak kisah lagi dah sapa sampai dulu.....hihihi!
Pelik tapi benar! Apasal sampai ke garisan penamat dari belakang?
Puas? Memang tak puas! cukup la sekadar naik jambatan......heheheh!
Youth Park dibuat tempat kayuhan penyudahnya........Menanti rider2 tegar yang mengelilingi Balik Pulau
Abg Mat mengaku dia dapat no. 2
Jam 10.40 peserta pertama sampai......naik RB la! 2 minute later MTB......suprised!
Pakat recharge masing masing dan collect goodies..........
Goodies??? Nak wak balik??? Hehehehe..............aiyark! Kami tak dak support car apa pun! Nanti kita pikir sama2 cam mana nak wak balik..............BUNTU!
Tu la.....bila kawan2 yang register tak mai sama. Pakat amik la sorang sikit wak balik cam balik market! Sambil kayuh dok bergelak ketawa.......nak wat cam mana anak ramai kat umah. Abah kerja teruk...p kerja kayuh beskat ja......
Kugagahkan diri kayuh la balik ikut FERI.
Pastu sembunyi di celah celah orang ramai........
Beskal masing2 dah cam beskal posmen zaman dolu dolu.....
Ada geng yang boh dalam baju...............Tak gamak nak amik gambar depa. Muka pun dah tak mo senyum...........Tambah bonggoi pun ada tambah boroi pun ada..........
Tu dia aih!!!!! Nak kayuh balik mai AutoCity pulak.......Hangpa pandai mai hangpa pandai la balik......heheeheheh!
Kita kena sampai sblum jam 12.30 tgh hari.......
Alhamdulillah 12.10 kami dah sampai di AutoCity. Lepas tu kena serbu cam celebrity...."Kat mana hangpa amik goodies woi? Depa bagi apa?" kata sorang riders adri Perak yang lewat tiba waktu pelepasan pagi tadi.
Nak kalu pi la amik kat Youth Park......Bayar RM7.00 naik jambatan! Hahahahah!
Sempat la jugak aku gi solat Jumaat hari nie....Alhamdulillah! Jam 4.00 pulak terus p memancing di Teluk Bayu tanpa ditemani anak bini dan bermalam di sana......Fuh! Penuh betul aktiviti ujung minggu aku.
Tanpa aku sedari muncung orang umah makin panjang! Ahad>Kedah hari bekerja.AKU KENA KERJA!!!! Aku missed anak aku buat tehrapan kali pertama tanpa bantuan dan aku tak sedar anak aku dah tak mo kat orang lain selain abah dan ibu dia.........Balik dari mancing hari tu baru dia CERIA!!!
So sebagai balasan minggu nie 9 dan 10 jan tiada beskal bagiku.........
SHOUT OUT LOUD!
Saturday, January 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment