SHOUT OUT LOUD!


Thursday, July 1, 2010

Mini Jamboree @ Batu Kawan

Seawal pagi 26/6/2010, segerombolan kereta yang tiap satunya membawa sekurang-kurangnya sebuah basikal terselit dibelakang atau diatas bumbung kereta masing-masing menuju ke satu arah.....kemana mereka?...kemana lagi kalau tidak ke perkarangan stadium batu kawan pulau pinang. Semuanya kerana apa? dengan satu tujuan untuk menyertai mini jamboree@fun ride yang dianjurkan oleh pihak belia negeri bersama dengan group 3G. Dibawah kami sediakan sedikit gambar untuk menceritakan kemeriahan pada hari itu....gambar yang lebih banyak akan dimuatkan dalam ruangan flickr tidak lama lagi oleh bloger yang bertugas.
pemandangan di perkarangan stadium pada awal pagi.....masih belum terlihat kelibat para peserta kayuhan pagi ini...
mereka ini adalah antara peserta yang paling awal sampai ....ni semua kaum ibu 3g.....hehehe bapak2 bagi peluang kat bini2 kayuh lak hari ni...thehehe
walaupun cuma fun ride, tiada hadiah disediakan, penyertaan tetap meriah....terima kasih semua..
semua gembira dan ceria di hari yang cerah ini
tiada tekanan ....release tension orang putih kata....
pulun bang pulun thehehe....
pemandagan dari atas memang mengujakan sesiapa saja yg ikut serta pada hari ini....tak rugi mai...
antara laluan dh yg disajikan...best...tak caya tanya depa yang mai...
tiga orang nih, tak kira jamboree tu ada hadiah ker tak....depa tetap sampai awai dari org lain...
walaupun mini jamboree ni tiada yuran penyertaan, pihak belia dan 3g tetap memberi saguhati pada para peserta dengan memberikan tiap2 peserta dengan sijil penyertaan dan sedikit makanan ringan...
harap2 semua yang datang merasa puas hati....
antara mereka yang tiba awal .......
salah seorang marshal pada hari itu.....garang nih...thehehe....tapi hati dia baik....
semua seperti keluarga bila terjerumus dalam kancah mengayuh nih susah senang dikongsi bersama....taniah .....
mana ada yang susah hati semua orang bergumbira.......
pihak 3g juga ada menyediakan boost untuk pendaftaran jamboree NTMTBA darjah2 di sini....
awek ni lah yg menjadi kerani pendaftaran pada hari itu....sapa tak mai rugi laaa....thehehe
para jurugambar yang akan terus setia merakam gambar2 aksi rider pada NTMTBA darjah2 nanti.......jangan lupa untuk terus menyertai jamboree anjuran 3g seterusnya di USM pada tarikh keramat ini 1/8/2010 nanti......kepada yang masih belum mendaftar, pendaftaran masih dibuka untuk NTMTBA ......terima kasih kepada semua yang terus menyertai dan menyokong kami hingga ke hari ini....sekian terima....

1 comment:

Ein said...

hapening gak mini jamboree ni.. kena follow kt usm ni..