SHOUT OUT LOUD!


Thursday, September 24, 2009

BORR sesudah subuh!

Khamis 24/9/09
Jam 7.00 ~ 8.15 a.m
Kg Baru, Sebrang Jaya where its all started..........

Sejak petang hari raya pertama aku dah berada di umah mertua (Kg baru Sebrang Jaya) setelah berkunjung ke umah mak dan mak2 sedara yang lain di Jawi pada paginya. Meriahnya hari raya kali nie cuma buat si kecil. Aku masuk kembali bekerja pada raya ke-3 (23/9/09), dengan hati + perut yang amat berat. Nak wat cammana tak leh amik cuti emergency/mc lebih 3 hari????
Kenyang perut pun terpaksa la p jugak........melahu!

Sunyi jerr kat kat Opiss nie. Setan mula menyanyi........."OOo basikal tua!!" Teruih teringat kat beskal aku dan hari2 yang akan kulalui berikutnya bilamana berada d umah mertua aku. Terus balik umah angkut beskal ke Sebrang Jaya...

Pagi 24/9 (Khamis) jalan raya masih lengang........kayuhan dari lebih kurang bulat (round about) Sebrang Jaya terus menuju ke dermaga dan sussur masuk ke BORR.

Tinjaun dibuat ke lokasi yang berpotensi untuk memancing....Uiihhh!! banyak sungguh aktiviti yang aku teringin nak buat skarang nih......Mancing , Ride , Drift (kikikih! SSSShhhh!!! Aku ngan Zuraidy ja wat menda2 nih wat masa nih)
Next destinasi ke Pantai Bersih...........nak tengok belangkas!
BORR (Butterwoth Outer Ring Road) nih memang popular ngan pengayuh tegar d waktu malam, tak kurang jugak dengan kaki pancing, rempit , sprint dan cerita2 yang menyesakkan seperti yang banyak tersiar di Mastika dan surat khabar.........Malam2 ujung minggu disini memang meriah dahulunya sebelum laluan ini dijadikan laluan bertol.
Bayu laut di pagi nie buat aktiviti riadah lebih menyeronokkan.
Pejalan kaki / joggers jugak tak lepas peluang menggunakan lebuhraya ini. Depa nie bukan geng kereta/bas rosak, sebaliknya jalan2 makan angin....
Tol ......... Apalagi sosial obligation yang ada buat mereka yang di atas sana? Sedih bila banyak accident berlaku di jalanraya. Sikap? Selalunya sikap mereka yang terlibat jadi persoalan. Macam mana pula sikap orang yang membina/merancang /design / meluluskan projek jalan raya? Jarang sekali disingkap bukan. Ahhh!! Maleh lagi nak cakap..............

Yang ini pun bukan gambar warga2 emas yang ke tandas sementara bas rombongan/pelancong berhenti rehat. Sebaliknya mereka2 nie local people dari kawasan perumahan berdekatan yang beriadah....jalan2 makan angin.
Sapa kata belangkas takdak p beraya.......Ada la! Tu dok tidoq dalam keta...
Inilah kehidupan......Tak jauh dari pantai kelihatan bot kecil sedang mengaut hasil laut, walau hari ini hari raya ke-4, kita masih bergembira.
Nelayan2 ini mencari rezeki untuk kelangsungan hidup mereka dan kita semua......Laut! Dengan kebesaranMu. Aku bersyukur!.
Di sepanjang persisir pantai nie kelihatan ramai sedara2ku berjogging.
Eh! Cammana la aku boleh terlepas pandang kat mereka2 yang dok mancing? Yang dah start mancing pun dah ada......

Ini pulak set set warga tai-chi. Sampai di kawasan perumahan rumah pangsa nie terasa sunyi pulak. Biasanya hiruk pikuk.........Lain kali aku datang lagi.........U-Turn.

Next destination balik ke Sebrang Jaya melalui Chai Leng Park (Linkin Park ada kena mengena? Tak!)

Jejambat......
Komtar dan Bukit Bendera dok manggil!
Melewati jejambat ke pelabuhan FERI.

Memang masyuhk pagi nih!!

Peak of the route.......
Berapa lamkah lagi kampung ini dapat bertahan dari arus pembangunan????

Kelihatan jeti bot yang digunakan untuk membawa para pemancing untuk memancing di bawah jambatan. Se ingat aku trip yang lepas RM15 dikenakan sorang itu pun rate 2 tahun lepas .Tahun nie tak tau la. Buat yang taknak ke berkenderaan hingga ke pulau untuk memancing dibawah jambatan, ini lah tempatnya. Pengalaman aku, mancing di bahagian tanah besar nie tangkapannya kureng sikit. Abih koman kena gelama pun yang kuning2 warnanya (kena minyak kot).
Nampak bot keluar dari jeti buatkan aku terliur nak mancing. (Bro Warray! Jom!!)
Perati betul2 nampak limbungan Feri. Sepengetahuan aku di sini bersemadinya feri2 untuk dibaik pulih. Bila pi pun nampak macam fer yang sama. Teringat aku kisah feri yang dimodified dan dibuat restoran terapung di Kuala Muda. Ada lagi ka?
Melintas di tengah laluan lebuh raya (sebelah kanan) kelihatan muara menghala ke laut lepas.....
Sukacita dimaklumkan gambar yang dipetik sedikit membuka pekung..........Aku kurus dah!!!! heheheh!
Main lintas lintas sesedap hati aku ja......
Dah masuk pukul 8.00 pagidah nie......elok aku balik dulu. Kang kena sumpah dek mertua.....
Kayuh malam di BORR? Belum ada peluang lagi.........Aku turut dalam pantang! Lepas nie sapa sapa nak kayuh pagi jumaat mintak inform aku sama Ok? (Aku dah masuk time zone Kedah -cuti jumaat n sabtu). Any update on ride mintak tolong inform aku untuk diupdate........Terima kasih! n Selamat Hari Raya!

Wednesday, September 16, 2009

Tahniah! Good job n Welldone!


Taqabballallahuminka! Semoga diterima puasa dan amal kebajikan yang dibuat di bulan Ramadhan.Berikut adalah artikel yang dipetik dari
http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_info&pg=bm_info_khutbah&ac=173
http://kelanasangsufi.blogspot.com
diikuti dengan iringan halwa2 telinga( lagu raya )

Dari moderator dan keluarga serta seluruh warga Mountain Pedal'ars ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua rakan rakan seperjuangan dan semoga kalian dilimpahi dengan RahmatNya.

Monday, September 14, 2009

Ramadhan yang diingati..........

Salam Ramadhan kepada semua!

Setelah lama blog ni menyepi…….Kini aku kembali……Kembali menjalankan tugas mengupdate blog, kembali bekerja seolah olah tanpa ada apa yang berlaku dalam hidup…..dan paling best sekali kembali sebagai seorang ABAH!

Memang takda niat aku nak jadikan blog nie sebagai personal blog, tapi setelah melihat blog nie tak sebegitu aktif (walau kayuhan demi kayuhan di buat sempena Ramadahan) sementelaah kerja pun yang dah susut ingin aku amik kesempatan kali nie mengucapkan salam Ramadhan buat semua kawan 2 dan follower. Walau Syawal semakin hampir Ramadhan kali ini cukup bererti buat aku. 13 Ramadhan @ 3 September 2009 lahirlah Muhammad Ammar Reizqin mengisi ruang kosong dalam hidup aku dan Siti.

Kat Bro Megat aku mungkin pasanagn yang keempat tahun nie “berhasil” dari kayuh basikal. Tak dapat tidak kita nafikan pemberian nikmat ini hanyalah dari Allah, aku percaya usaha dan amalan hidup sihat sedikit sebanyak menyumbang. Insya Allah aktiviti berbasikal ini kan aku teruskan.

Buktinya 5 Sept lalu sempat jugak aku ikut serta rakan2 GG dan kawan2 lain berkayuh di Kulim. Start 11.00 malam dan berakhir 1.00 pagi. Terlunas jugak la hajat aku nak berkayuh di malam hari….berguna la jugak lampu hadapan cateye aku yang dibeli sejak 2 minggu sebelum posa lagi.


Kenapa lama tak update blog nie? Sejujurnya aku dalam runsing semenjak dua menjak lalu. Manakan tidak dengan menanti kedatangan orang baru, aku pulak dimintak ke Shah Alam untuk report duty. Seterusnya prosess merayu dan menangguh duty. Akhirnya sebulan berlalu , disini lah perjalanan hidup aku yang seterusnya akan berlalu – ADTECH Mahang, Kulim.

Terjawab sudah penantian di mana tempat aku mencari rezeki dan berakhir sudah 12 hari usia anakku kini aku kembali tenang. Tenang mengorak langkah menghadapi hari hari yang mendatang………Alhamdulillah! Syukur aku kehadrat allah dikurniakan rezeki yang halal dan kawan2 serta saudara2 ku yang sentiasa berada disisi.

Mohon ampun dan maaf dari aku sekeluarga…………………………….buat semua. Terima kasih.
Yang nie tribute pada Bro J and Crew yang buat kawasan umah aku leh main golf. Nak wat padang sasar tak cukup tanah.....tak gitu Bro J? kikikih! Jaga wo! Bro J dah main pistol.....

Monday, August 3, 2009

Kedah Jamboree...menguji minda dan stamina ...

01/08/2009 hari yang dinantikan tiba....jamboreeeeee.....Hari ni boleh dikatakan hampir semua warga gerek gunung hadir ke jamboree kedah. Semua bersemangat nak kayuh, aku, shamito dan wawan mai naik kereta sekali, kami tidur kat umah orang tua aku, geng2 lain pakat tidur di home stay kat Taman Tengku Sarina, paginya kami berkumpul kat home stay sebelum terus kayuh beramai2 ke tasek tempat start jamboree. Tak jauh sangat dari home stay ke tasek tu, dalam 2km camtu jer, cukup untuk panaskan badan thehehe....kat bawah ni ada serba sikit ulasan dan gambar yang sempat aku ambil, tak banyak pun sebab aku pun dah penat tahap badak dah nak habiskan trek nih..
dari tmn. tengku sarina, kami terus ke tapak permulaan....start kui 730 depa kata...
masa ni awai lagi semua pakat duduk kat depan...ambik posisi terbaik ler kot..
jan, rakan baru gerek gunung bersama mentornya shamito..wawan ngan haikal kat sebelah tu dok berpakat nak pecut dari awal...nak menang depa kata...thehehehe...
"aku nombot dua dalam tangan la" haikal kata..... wawan buat2 tak dengar....
semua org dah ready nak kayuh....
mamat kat sebelah wawan tu dok ushar basikal wawan....wawan lak dok buat posing kerek, macam otai la plak wawan nih
"bila nak start nih??" kata shamito dah tak sabar nak rasa penat dah......
off road pertama diharungi.....masa nih nak snap gambar pun susah dah nih...
jan dengan selambanya kayuh cam takdak apa2 jer....siap tinggal shamito kat blakang lagi
aku tak mau buang masa atas basikal aku nak amik gambar lagi....tu nampak tu bergegar gambar jadi blur...
hehe....ni la bukit pertama nak kena climb....adi hariman selaku org kuat hari nih dok pantau peserta.....
bukit pertama nih semua org boleh kayuh lagi walaupun tinggi ....penat oooo.....
tuh kat bawah tuh bederet lagi tak sampai atas....memang tinggi bukit ni...tapi memang puas terbalas tak kayuh seminggu dua...thehehe
check point pertama....huhhh lega, aku yang terlupa bawak botol air rasa syukur tak terkira dapat air....lepas checkpoint ni asik dapat air jer...best betui...tak rugi aku tak bawak bekal air....hehe ringan sket basikal aku.....
shamito ngan 100plus kelima beliau thehehehe.....
masgut pun tak mau mengalah 100plus gak...thehehe...belasah, lepas nih nak kayuh jauh lagi....
amoi nih antara orang kuat kayuh naik bukit nih....dari team mana pun aku tak perasan lak...
lan member satu sekolah rendah aku, jumpa balik kat jamboree ni......team red flag dia ni...
"dulu aku kayuh road bike, tak penat camni pun huh....huh" lan.....thehehe...
lepas check point dua aku terjumpa ngan abg posmen kita....."kaki aku dah jadi keras nih"
"tapi cemana pun aku nak kayuh sampai abih gak" cayalah abg posmen....
bukit nih sapa pun tak leh nak kayuh semua kena tolak...tak caya tanya bro 327 tuh...
"metui-metui manyak tinggi hoooo...." ha kan aku dah kata....tinggi ooooo.....
satu2nya pokok tumbang menghalang trek......kena angkat beskal lerrrrrr....lepas pada ni aku dah tak sempat nak snap gambar dah....penat...
sampai kat finishing point...dah ramai sampai...
lepas bagi peluh kering, sambil tunggu member2 lain sampai, kami makan dulu la.....sedap oooo tengah lapar....
shamito sampai lambat skit....dia kata dia kena mengasuh wawan hari nih...theheheh...
patut la pun...kasut wawan sampai tertanggal kih...kih...punya la extrem dia kayuh kih...kih...kih
ord tengah bagi motivasi kat wawan ngan shamito, supaya jangan lemah semangat....
wawan dengan kasut tak bertapak beliau...thehehe....lawak2...
perasan tak muka nih?? dia kat NTMTBA ada, kat UUM ada, kat KEDAH JAMBOREE pun ada......kalau nak tau siapa dia,....dialah salah seorang marshal kat jamboree2 tuh...Afat nama dia
bro masgut ceria kerana dapat mengharungi cabaran kali ni....
dengan langit semakin mendung , semua peserta slamat sampai sebelum jam 1 tengahari...bagi jamboree kali ni memang best, water point pun banyak disediakan. Trek memang layan , taniah buat penganjur, harap2 selepas nih semua jamboree akan menyediakan trek cantek sebegini...kami warga 3G rasa cukup puas ....sampai disini saja ulasan yang dapat aku catatkan, harap maaf jika ada tersalah bahasa semasa bergurau hatta semasa kayuh sekalipun ...wassallam ....sampai jumpa lagi next jamboree...