SHOUT OUT LOUD!


Saturday, January 9, 2010

Siaran Tertunda........Malakoff

Siaran tertunda Malakoff 1 Jan 2010..........-+
Kes tak bawak kamera sendiri......maka gambar2 ini dikutip dari ehsan rakan2 yang turut berkayuh pada hari itu. Terimakasih buat Say_full dan Pon HawkMTB.
Man (KUBOTA)....Dengan tayar 2.35 tu kat mana pun dia boleh redah. Hatta ke Hadyai........KPLR'09. Memang respek abih!!!
Dari kami di 3G > Phyezarl, Masgut , Say_Full, Abg Mat, Man Iguana, Azhar BH .
Kayuhan merentasi Jambatan Pulau Pinang memang kami tunggu2, apatah lagi sejak laluan tambahan dibuka. Difahamkan oleh penganjur inilah kali pertama ianya dibuka buat basikal sejak laluan tambahan dibuka.Hari dan waktu lain maap ya! Basikal NO ENTRY!
Sesudah subuh jam 6.45 lagi aku dah berada di sini dengan Say_Full. Oleh kerana registration kami directly ngan pihak Malakoff, plate no collection kena buat pagi nie. Letih si Say_Full menunggu nombor nie sejak petang kelmarin.

Autocity menerima kebanjiran peserta kayuhan ............
Pukul 8.00 ja semua gerak.....
Bertali arus jadinya sambil diescort oleh POLIS.
Nyaman betul pagi TAHUN BARU nie.....
Keciwian mula melanda bila berada di tengah2 jambatan
Takbleh brenti lama-lama......kena hambat dek escort!
Terlunas sudah hajat nak berkayuh di jambatan Pulau Pinang..........Kini peloton berbelah bahagi untuk ke Balik Pulau atau merentasi pulau melalui Jalan Air Hitam setelah melewati bulatan (roundabout) Bukit Jambul. Kami pilih Jalan Air Itam bersama beberapa peserta kayuhan lain..........Ada sekeluarga RB yang datang jauh dari KL turut beserta kami.
Terus ke Taman Bunga mengekori lori Sunkist penganjur....
Menunggu kawan2 lain ..........Hari ini hari Jumaat jadi semangat untuk berkayuh agak kurang kerana mind set ialah untuk pulang lebih awal bagi solat jumaat. Kayuh pun tak sampai 2 marhalah.......sendiri mau ingat la!
Menuju ke garisan penamat ala-ala kayuh mersa.
Dah tak kisah lagi dah sapa sampai dulu.....hihihi!
Pelik tapi benar! Apasal sampai ke garisan penamat dari belakang?
Puas? Memang tak puas! cukup la sekadar naik jambatan......heheheh!
Youth Park dibuat tempat kayuhan penyudahnya........Menanti rider2 tegar yang mengelilingi Balik Pulau
Abg Mat mengaku dia dapat no. 2
Jam 10.40 peserta pertama sampai......naik RB la! 2 minute later MTB......suprised!
Pakat recharge masing masing dan collect goodies..........
Goodies??? Nak wak balik??? Hehehehe..............aiyark! Kami tak dak support car apa pun! Nanti kita pikir sama2 cam mana nak wak balik..............BUNTU!
Tu la.....bila kawan2 yang register tak mai sama. Pakat amik la sorang sikit wak balik cam balik market! Sambil kayuh dok bergelak ketawa.......nak wat cam mana anak ramai kat umah. Abah kerja teruk...p kerja kayuh beskat ja......
Kugagahkan diri kayuh la balik ikut FERI.
Pastu sembunyi di celah celah orang ramai........
Beskal masing2 dah cam beskal posmen zaman dolu dolu.....
Ada geng yang boh dalam baju...............Tak gamak nak amik gambar depa. Muka pun dah tak mo senyum...........Tambah bonggoi pun ada tambah boroi pun ada..........
Tu dia aih!!!!! Nak kayuh balik mai AutoCity pulak.......Hangpa pandai mai hangpa pandai la balik......heheeheheh!
Kita kena sampai sblum jam 12.30 tgh hari.......
Alhamdulillah 12.10 kami dah sampai di AutoCity. Lepas tu kena serbu cam celebrity...."Kat mana hangpa amik goodies woi? Depa bagi apa?" kata sorang riders adri Perak yang lewat tiba waktu pelepasan pagi tadi.
Nak kalu pi la amik kat Youth Park......Bayar RM7.00 naik jambatan! Hahahahah!

Sempat la jugak aku gi solat Jumaat hari nie....Alhamdulillah! Jam 4.00 pulak terus p memancing di Teluk Bayu tanpa ditemani anak bini dan bermalam di sana......Fuh! Penuh betul aktiviti ujung minggu aku.

Tanpa aku sedari muncung orang umah makin panjang! Ahad>Kedah hari bekerja.AKU KENA KERJA!!!! Aku missed anak aku buat tehrapan kali pertama tanpa bantuan dan aku tak sedar anak aku dah tak mo kat orang lain selain abah dan ibu dia.........Balik dari mancing hari tu baru dia CERIA!!!

So sebagai balasan minggu nie 9 dan 10 jan tiada beskal bagiku.........

Monday, January 4, 2010

Pengkalan Hulu - Betong - Pengkalan Hulu. 9~10 Jan 2010

Rakan rakan MTB sekalian dijemput beramai-ramai bagi menyertai kayuhan ke Betong. Di ketuai oleh Abg Mat (ejen 012) Tel : 019-4113535 dan dipandu oleh Sdr Mie Bomba rombongan berkereta akan bergerak ke Pengkalan Hulu, Perak jam 9.00 pagi setelah berkumpul di hadapan Hospital Kulim.
Seterusnya kayuhan akan bermula dan bergerak ke Betong. Keesokkan harinya rider2 akan dihidangkan dengan off road ke comunist tunnel...........Untuk maklumat lanjut sila hubungi Chef De Mission - Abg Mat seperti nombor yang tertera di atas............(**Sedikit kutipan akan dibuat bagi persediaan makanan dan penginapan HARAP MAKLUM)

SENARAI NAMA PENGAYUH TERAS KERAS (HARD CORE)
1. Chef De Mission - Abg Mat
2.Mie BOMBA
3. Zainal Renjer
4. Azman IGUANA
5.Uncle Hardy Vortex
6.Odd De Coco
7. Jard
8.

Bukit Langkap-Bukit Tokong BM

Hari ahad 02/01/2010, tahun baru , bagi aku (peet) tahun ni kali pertama aku kayuh balik setelah hampir tiga bulan aku tak kayuh ngan geng gerek gunung...pagi ni tak ramai yang datang sebab masing2 ada kerja , cuma yang ada abg wan selaku tuan rumah, abg mat, wan alma, shahrul dan anak2 jiran abg wan....meriah la gak...thehehe.. Sebab dah lama aku tak kayuh , gambar pun tak berapa banyak aku ambil sebab aku sibuk nak atur langkah nak kayuh lagi, napas akupun nak kena atur balik uiii penat oooo....ni kat bawah ada serba sikit gambar aku dapat ambik....

abg mat tengah mentarbiah aku sebab dah lama tak kayuh, masa ni kami dah sampai kat bukit langkap dah nih....

anak2 jiran abg wan...kuat2 belaka bebudak nih...yg sebelah kiri tu member baru dari seberang jaya dia datang ngan kawan dia, nama aku lupa la brooo sory...
yang dok bediri tu pun member baru gak dari seberang jaya......seisi berehat ni kami berpakat nak kayuh ikut mana lak....(depa tak tau ka aku dah penat dah nihhh)



sebelum turun aku sempat snap gambar berlatar belakang mengkuang dam....lepas turun nih kami nak ke bukit tokong lak...aduihhhh....
shahrul bergambar dgn posing yg hensem sekali....
ni la rider2 untuk hari nih...tak ramai pun tapi tetap meriah...
dah depa tak mau tolong amik gambar aku , aku snap gambar sendiri la ....
turun dari langkap kami singgah kat restoran dekat depan mengkuang dam refil balik ayaq lam badan...
depa dua org nih dok kalut tanya kat tokey kedai ..."peknga ada peknga" thehehe....
kami jumpa shidi kat sini...dia baru turun dari tokkun ....
wan alma sedang mengushar 100plus aku ...abg mat lak dok frust tak abih lagi sebab kedai ni takdak peknga...thehehe
depa ni kalau tak kena 100plus pun tinggal aku ....dah kena 100plus lagi teruk la aku kena tinggal aduih......bukan aku tak leh follow aku nak simpan tenaga nak climbing bukit tokong satni ...theheheh
abg mat tunjuk tanda kebestan kat aku sambil potong aku ngan selambanya... kuat oooo otai ni depa kata dia makan julap kaki kuda thehehehe....jgn mare abg mat...

sampai kat kaki bukit tokong...skali lagi abg mat mentarbiah aku..."hang ok ka peet? boleh climb ka? tula lain kali jgn tinggal lama2 kan dah tak kuat"....

demi menyahut cabaran abg mat aku climb gak ...penat oiiii...
abg wan yg dok depan dari kami dok bising kat atas nuh...."sembang lama2 bila nak sampai oit"
tu tengok tuh climb tinggi mencanak camna tak penat....
kat selekoh ni penunggang dinasihati membunyikan hon tapi basikal takdak hon ...jadi kena bunyi mulut la ..pon pon...pin pin...thehehe...
abg mat dah tak mau tunggu aku lagi dah..."babai peet aku tunggu hang kat ataih hehehe,..."
sampai kat tempat rehat ni teruk aku kena tarbiah "tula lain kali jgn tinggal kayuh lama2 kan dah penat padan muka hang...thehehe" depa kata kat aku huhuhu....
ada lagi skit nak sampai ataih nuh...dalam 200meter kot.....tapiii tinggi tuh...
abg mat amik camera ...dia lak shoot gambar...budak2 anak jiran ag wan dah sampai ataih nu..
abg mat diwawancara oleh seorang pengunjung bukit tokong... terenyih ja abg mat cam tak penat pun....tapi abg mat memang cam tu penat ka tak penat ka tetap murah ngan senyuman..
sampai kat ataih ni rasa lega tak terkata...nampak pekan bm sayup kat bawah nu...
"ish...agak2 hang boleh turun balik dak? nampak teruk sangat tuh kih..kih...ka nak tipon ambulan??"depa dok mengata kat aku lagi tuh....aduih tahan telinga ja la...penatttt....
thehehe...memang aku penat nak mampus....ni abg mat amik ganbar nih....lepas pada ni kami semua slamat sampai kat starting point umah abg wan pukul 12 tghari.....sampai jumpa lagi...bye
moral: jangan tinggal basikal anda tak berkayuh lama sangat...