Pagi nie 10 orang berjaya dikumpul. Dikemudi Abg Mat 300 dan Zainal, Bro J, Bro Maskud, Abg Wan n Jr(Ril), Peet , Haikal , aku (phyezarl) dan Odd bergerak ke destinasi yang di cari ... potential trails for weekly rides or even perhaps Jamboree.
8.40 dari Sg Duri memasuki jalan Sg Rambai; kami disambut oleh salakan anjing yang menjaga reban2 ayam. Di sinilah anjing2 tersebut mengalah dengan Bro J. Abis ditempiknya anjing2 dan tuan2 dia yang menjaga kawasan tu. tuan punya anjing ngan anjing kunci mulut tak bersuara pun. hebat penangan Bro J nih....sebut nama dia ja hutan boleh jadi sunyi....tapi bila dia bersuara pulak hutan boleh jadi gamat.....heheheh! tak caya tanya AbgMat yang pastinya menggelengkan kepala bila Bro J bagi buah2 jurus kata katanya.......hahahah!
Climb punya climb Apek kebun tu boleh kata kami silap jalan ....jalan mati. Patah balik!
Yang ngikut terus ngikut saja......sehati.
Bercakap ngan apek kebun tu pun jenuh laung.....kami dah di atas dia d bawah lereng bukit nun.
Jalan naik dah cantik......jalan mati pulak,
Turun dan climb semula ke laluan di sebelah....Naik bukit jugak!!!
Pada Abg mat selaku tunjuk arah ...beliau memang takda masaalah.
Baru 4 km nyawa dah kureng...Climb dan terus climb!
Short cut! Kes tak nak climb lagi dah...bagi depa p dulu. Last2 tanggung beskal.
Pueh aih tolak ngan kayuh!
Gambar pun tak terambik...ketaq tangan2
Tiba D umah Datuk Non....Sapa? Carik sendirik nanti. Dia cadangkan kami naik ke puncak bukit dia yang luas keseluruhan 50 ekar untuk nikmati panorama disana.
Fuhh naik lagi.....Climb! Abg mat namakan bukit ni Bukit Kacang (phsyco sungguh dia)
Apit yang cuba saing AbgMat kayuh naik akhirnya tunjuk skill tolak 1 tayar...Puas jugak la nak sampai puncak nie. Bro J pun amik tugas cameraman sama lepas dia tahu aku dah abih angin ..
Selepas diriki AbgMat, laluan seterusnya bawa kami downhill tolak basikal.......2~3 kalilagi lalu mesti cerah punya lauan nih!
Climb dan clinb lagi...
Bro Maskud dah start bukak cerita pasai PekNga...Dah lapar benar dah la tu.
Turun Bukit nih memang asyih tapi bahaya Bro. Bro J luncuq basikal sambil belari lari ke arah tebing bila seday yang dia dah lost control......Mujuq tak masuk gaung. Skill jugak la!
pastinya ramai yang nak jadi Karam Sing Walia Melaporkan nanti.
Turun DH dan kembali ke rumah Datuk Non....
Ada Taman Rusa pelbagai spesis disebelahnya....
Macam kat tanah tinggi....memang pun!
Orangnya peramah.....Siap mintak kami ajak anak2 remaja ikut kami sama.Agaknya dia perasan kami nih semua dah over 21tahun.
Acara wajib! Makan PekNga....
Bro J! Tetiba semua dapat hidayah....
Balik ke pangkal jalan.....
SHOUT OUT LOUD!
Sunday, January 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment