SHOUT OUT LOUD!


Tuesday, January 6, 2009

Hujan? Belasah jer lah! Bukit Lengkok

Dek kerana nak kayuh berjemaah. Hujan pun hujan lah. Lepas kena penangan Maskud ngan slick tayarnya kelmarin d tambah pulak ngan wheelset offer dari Bro Jais; hari nie skali lagi ke ke kedai "basikalpink" untuk tambah koleksi wheelset(roadies) pulak untuk Giant aku. Zuraidy p kedai sama, so petang nih walaucamna jadi pun road tyre kena di uji. Bro Jais , Maskud , Najib , Peet , Haikal, Zuraidy dan TokMulu pun ikut sekali (pasai seronok nak berkayuh ramai ramai).
Pukul 6.00 semua dah berhimpun di Teratak Permai kecuali najib ngan Bro Jais. Hujan pun tak kasik chance sejak pukul 5.50 lagi(lebat). Pukul 6.15 kami diberitahu najib ngan Bro jais menanti di kem PLKN machang Bubuk. Kami yang menanti 2 bersaudara ni nak taknak kena redah jugak ujan bertemu mereka.

"Tah ka dok kat rumah tarik selimut", kata Tok Mulu.

"Aku dah telipon depa tadi, kalu depa tak mai jugak esok aku jumpa; pijak perut depa", kata Maskud berseloroh. hahaha!

"Takpa, ujan tintaih (lintas) ja nih", kata Zuraidy dok ngajuk aku.

Peet dan haikal pun terkena sama pasal diberitahu kat kawasan nih tak ujan....Sorry peet! Waktu hang call tu memang tak ujan lagi.

Basah kuyup pun tak jadi hal. Bila dah jumpa Bro jais n Jeeb; kayuhan kami teruskan.

Hari nie la kayuhan paling dasat. kain baju basah lencun dek peluh! kuikuikui!(air ujan da!). air dalam botol pun tak disentuh, kayuh sambil nganga air ujan.

Basikal ni memang dah d set ownernya untuk main atas jalan sahaja. Di ulangi atas jalan sahaja....

Kena teh panas dulu sebelum bersurai.....Hujan bukan lagi satu faktor. Buktinya, esok suma kerja.

No comments: