SHOUT OUT LOUD!


Saturday, March 14, 2009

Batu Kawan Lost Treasures

8.30 pagi kayuhan bermula dari rumah tuan haji Adnan.(Odd, Don, Abg Wan, Mukriz , Art dan aku). Malam tadi ujan lebat dan geng2 lain suma beredar dari meeting di Putri Gunung agak lewat (12.10 malam) jadi participants untuk ride hari nie agak kureng......Ada yang bekerja, ada yang ada appointment dengan Champs dan hal hal lain....
Odd yang sampai umah pukul 1.30 pagi tadi selepas redah ujan balik dari meeting masih going strong..........Cedaih lagi!
Selain Art, Don dan Jo......ada riders lain lagi yang powernya tengah naik>Art.
Dari umah haji Adnan > Jeti Batu Kawan> Bukit Musang(Pencawang)>Kolam Udang>Umah Don>Umah haji Adnan. Down Hill dari pencawang hari ini memang menyayat hati...............Biasak la lepas ujan, selut , pokok tumbang dan rimbunan dahan buat perjalanan hari ni sikit terbata-bata (tersangkut-sangkut). Kayuh dan tolak melepasi dahan yang berjuntai buat aku leka. Meter Wireless Stradaberusia 7 bulan milik aku tercicir. Jauh DH baru sedar.........13++ km aku hilang dari catatan........aduihhh! Harapan aku tinggai kat Don kalu2 dia terjumpa meter aku semula. Tidak kalu jadi lah ia satu lagi tinggalan harta karun di Batu kawan cam tail light Albert.
Apapun ride hari nie tetap puas bila Don jamu air secukup mandi.......(Mandi beskal)

Ada sapa yang tertingga dalam picture nie????
Ini dia Art!

No comments: