Entah pasai apa teringat aku pada meter wireless strada aku yang hilang waktu ride ke Batu Kawan lepas. Dek kerana cuaca petang nih yang cerah aku yakin ia masih ada kat situ. Pukul 5.20 aku dah sampai ke Bukit Musang -susur masuk DH offroad ngan motosikal. Aku yakin sepanjang laluan ini meter masih attach pada basikal waktu itu. Sebelum masuk ke dalam utan nie aku maklum pada penjaga hutan nie (Don Terminator Batu Kawan); kalu terjadi apa2 yang buruk berlaku pada aku kelak.
Laluan motosikal terhenti disini......Seterusnya kena masuk berjalan kaki. Sedikit kekecewaan bila aku dapati laluan seterusnya dah ditanda dengan kertas2 kecil (marking pejalan kaki) yang masih kering. Ada yang di staple pada ranting dan daun tak kurang jugak yang dibuang di atas tanah. Kertasnya masih kering menandakan ianya baru ditanda.....Dah jauh aku kemari, ngan suit kerja aku sampai aku dah nekad nak terus carik jugak. Kalau memang dah rezeki aku ianya tetap milik aku......
Rimbun2 ranting nie dah pun ditopang dengan kayu untuk memudahkan laluan......Tandanya dah ada kerja2 yang dilakukan sejak aku tinggalkan laluan ini Sabtu lalu......
Ingat lagi aku bilamana kena tolak basikal melalu rimbunan ini....rendah sangat. Ada 2 lagi rimbunan yang hampir serupa sebelumnya.....tapi yang ini lah yang paling rendah dengan bumi hari sabtu lalu selepas ujan.
Melewati 5meter dari rimbunan ini cate eye wireless strada aku menanti untuk dikutip semula.....Hahahah! save duit aku........Terus telipon DON bagitau aku dah jumpa barang yang aku carik. (Dia masuk sebelum nie tapi tak jumpa). Kurang lebih 1km jugak aku berjalan balik ke tempat moto aku tinggalkan.........
Berdebar jalan sorang2 dalam nie tuhan ja tau......Tapi aku puas!
Bagai sireh pelang ke.........Bagai meter pulang ke stem.
Jumpa Peet ngan kasut baru (siap la hangpa lepas nie) berpedal dengan Wawan dan Haikal ke Batu Kawan....Kuat dah depa nie! Minum di jeti Batu Kawan ngan depa sampai 6.40 dan terus pulang....girang!
SHOUT OUT LOUD!
Thursday, March 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
...alhamdulillah..mahai tuuu...barang kalu rezki halai insyallah dapat balik..TOKI dulu pun macam tu jugak pi cari sampai dapat..masa jatuh cari x jumpa..return sekali lagi alhamdulillah jumpa balik..geng KHT tahniah dapat Kambing masa Rakan COP ..dah arwah ka kambin tu? hehehehe...
Post a Comment