SHOUT OUT LOUD!


Monday, September 14, 2009

Ramadhan yang diingati..........

Salam Ramadhan kepada semua!

Setelah lama blog ni menyepi…….Kini aku kembali……Kembali menjalankan tugas mengupdate blog, kembali bekerja seolah olah tanpa ada apa yang berlaku dalam hidup…..dan paling best sekali kembali sebagai seorang ABAH!

Memang takda niat aku nak jadikan blog nie sebagai personal blog, tapi setelah melihat blog nie tak sebegitu aktif (walau kayuhan demi kayuhan di buat sempena Ramadahan) sementelaah kerja pun yang dah susut ingin aku amik kesempatan kali nie mengucapkan salam Ramadhan buat semua kawan 2 dan follower. Walau Syawal semakin hampir Ramadhan kali ini cukup bererti buat aku. 13 Ramadhan @ 3 September 2009 lahirlah Muhammad Ammar Reizqin mengisi ruang kosong dalam hidup aku dan Siti.

Kat Bro Megat aku mungkin pasanagn yang keempat tahun nie “berhasil” dari kayuh basikal. Tak dapat tidak kita nafikan pemberian nikmat ini hanyalah dari Allah, aku percaya usaha dan amalan hidup sihat sedikit sebanyak menyumbang. Insya Allah aktiviti berbasikal ini kan aku teruskan.

Buktinya 5 Sept lalu sempat jugak aku ikut serta rakan2 GG dan kawan2 lain berkayuh di Kulim. Start 11.00 malam dan berakhir 1.00 pagi. Terlunas jugak la hajat aku nak berkayuh di malam hari….berguna la jugak lampu hadapan cateye aku yang dibeli sejak 2 minggu sebelum posa lagi.


Kenapa lama tak update blog nie? Sejujurnya aku dalam runsing semenjak dua menjak lalu. Manakan tidak dengan menanti kedatangan orang baru, aku pulak dimintak ke Shah Alam untuk report duty. Seterusnya prosess merayu dan menangguh duty. Akhirnya sebulan berlalu , disini lah perjalanan hidup aku yang seterusnya akan berlalu – ADTECH Mahang, Kulim.

Terjawab sudah penantian di mana tempat aku mencari rezeki dan berakhir sudah 12 hari usia anakku kini aku kembali tenang. Tenang mengorak langkah menghadapi hari hari yang mendatang………Alhamdulillah! Syukur aku kehadrat allah dikurniakan rezeki yang halal dan kawan2 serta saudara2 ku yang sentiasa berada disisi.

Mohon ampun dan maaf dari aku sekeluarga…………………………….buat semua. Terima kasih.
Yang nie tribute pada Bro J and Crew yang buat kawasan umah aku leh main golf. Nak wat padang sasar tak cukup tanah.....tak gitu Bro J? kikikih! Jaga wo! Bro J dah main pistol.....

1 comment:

" MAT KEDAH " said...

Phyezarl> Tahniah dapat BABY...