23 Nov. 2011

Bagi merakam penghargaan kepada seluruh anggota Polis yg berjaya menyelesaikan kes di atas kami seisi keluarga mengucapkan berbanyak terima kasih. Kes ini ditangani dengan penuh hemah oleh SM Ku , Insp. Assan & ASP Safuan. Sekali lagi terima kasih kepada rakan2 yang membantu mengharungi 2 minggu yang mendebarkan. Semoga Allah membalas jasa naik kalian...

Nak di ulas panjang pasal penemuan kembali basikal dan kes perbicaraan pada entry ini rasanya tak berapa sesuai. Cukuplah sekadar ia beri pengajaran kepada saya . Tanggal 23 November 2011 milik saya dikembalikan, sekaligus menafikan telahan ramai yang ianya akan lunyai sehingga kes selesai.

Kebetulan pada sebelah malamnya IPD SPS, Jawi menganjurkan aktiviti Community Policing peluang mendekati anggota polis yang minat berkayuh tidak dilepaskan.....

Milik ASP Safuan ..... Si Rusa merah 11k .

Jarak kayuhan sekitar 38 km merentasi Sg Duri , Taman Ilmu , Parit Buntar , Tanjung Berembang & Nibong Tebal disulami dengan 5 hentian(Check point) benar2 membawa erti SANTAI pada malam itu...

Syukur cuaca malam begitu baik , walau mengambil masa 3 jam untuk (9-12.00 malam) penyertaan aktiviti ini bagi kami cukup bermakna ...........
No comments:
Post a Comment