SHOUT OUT LOUD!


Wednesday, October 21, 2009

KPLR 09 (PART II - Hari Kedua)

( Tahniah kepada semua peserta dan pihak penganjur yang menjayakan KPLR 09. Buat kami 3G; rasa syukur dengan kesihatan mental, fizikal dan jentera yang diguna yang tak mendatangkan sebarang masaalah akan sentiasa dikenang selalu........**niat kena betul!!! )

Posting dimulakan dengan kisah se awal pukul 8.00. (**Pasal apa start hari kedua??? Tunggu...nanti story). Lepas jam 10.00 tidur malam tadi pagi nie kami bersarapan di kedai makan Muslim Pattani.....Menu roti telur + nasi +sayur+daging+otak lembu > Baht 640. Yess!!! Otak lembu..........mati mati aku ingat telur sotong! Time nak bayar ada satu mamat yang dok bayar cakap menda aku amik tu otak lembu.........iiiikhhh!!!!!!! Aku cuba nak alihkan pikiran aku pada menda nih.......Dah bayar....kena makan....kena cuba.......mmmmm! Boleh la jugak sedapnya......Abisss! Tapi nak buang rasa lemak2nya aku hantam roti teluq. Then, balik ke Florida Hotel untuk flag off. Sempat jugak menyinggah kat kedai basikal untuk cuci-cuci mata. Rupanya tokey kedai tu ikut sama kami kayuh ke border nanti.

Hampir jam 10.00 taklimat akhir diberi oleh Bro RamlySP. Di tengah2 keriuhan manusia yang dah teringin sangat balik ke Malaysia terdengar bunyi tayar yang pancit......DON Batu Kawan rupanya......sip baik kena kat sini.
Seterusnya seisi foto.....
Nak sama ...........
Kelihatan kat belakang tu lori yang diberi nama manja INTAN......Sarat ngan beskal lori tu setelah jockey2nya gagal dikesan.
Suasana makin cerah dan panas...........Bilik2 yang tuannya galak membaham makanan2 ringan yang disediakan dalam peti ais cuba dijejaki.......setelah checkout!
Kurang lebih jam 10.00 kumpulan mula bergerak...

Denagn bantuan polis, perjalanan dalam bandar lancar sekali....
Deruman tayar dan crankmemecah kesunyian pagi..............kedai2 kebanyakkan masih belum bukak.....agaknya pasal jam Thailand masih pukul 9.00 atau hari nie hari Ahad.
Kayuhan dengan kelajuan 30 kmh dan keatas pun bermula......
Tak sampai 15km kayuahan terhenti untuk refill........Mereka di Thailand nih meraikan kedatangan rombongan KPLR rupanya. Bro RamlySP berlegar-legar snap gambar......
3G mana boleh miss....

Bersama kenderaan pengiring group Geng Gerek Gunung (3G)
Bersama POLIS yang bertugas pada hari tu........Slim n fit susuk polis2 kat sini........

Orang yang banyak berjasa bagi memastikan 3G selamat pergi dan sampai hingga ke penghujungnya...Zahari dan keluarga.......Seronok bila kayuh basikal saing dengan dia climbing sebelum sampai Padang Besar, bila dengar anak2 dia bagi kata2 semangat......Ayah! Ayah! Kuat !Kuat!


Bersama Bloggers dan Otai Otai MTB
Keluar dari sini kayuhan diteruskan hingga ke SADAO. Tak sempat panas bont*t brenti lagi.......Kali nie geng KPLR)( disambut meriah ngan air2 berperisa pulak sumbangan BALAI POLIS SADAO (agaknya la........)
Kali nie lagi best......air kelapa buat basah tekak.....teh bunga, air asam. roselle boleh dibuat tapau........air mineral dah jenuh. Tisu sejuk melambak lambak buleh buat lapik seat.....heheheh! (apasal aku tak teringat nak buat aritu ha?)

Ini balai polis.......kalu dia kata WAR ROOM tu agak agaknya dia buat apa ha????? kalu dia buat kat hotel boleh jugak kita teka teka dak?
Seterusnya seisi foto beramai ramai

Kalu tak silap ada 3 jerr rider wanita yang ikut serta ........ini sorang diantaranya!
Amil gambar ngan amoi nie, akibatnya aku tercicir agak jauh dari kumpulan.....jenuh la jugak ngejar yang lain2. Bila sampai di tempat kejadian rider rempuh pick up baru lah dapat tangkap balik kumpulan pertama....
Simpang ke Pdg Besar.......Gerimis mula mengundang!
Kayuhan diteruskan sehingga ke Pdg Besar. Cuma Abg mat dan Cikgu Hadi yang masih setia mengekori
Bila la pulak dapat kayuh luar kawasan nih.....
Pejabat Kastam dan Imegresen Thailand


Berada di sempadan kami amik kesempatan tukar duit lebihan Bhat ke Malaysia. Melalui penjaja buah dapat la balik sepuluh Bhat dengan satu ringgit......kalu tukau di Malaysia tak dapek la agaknya.

Cuaca panas tak menghalang kami (phezarl, Cikgu Hadi , Zainal , Azman) ke Pdg Katong , kangar dengan berbasikal semula. Setelah dapat sedikit pandu arah dari Zankx kami bergerak. Dalam perjalanan jumpa 2 otai berbasikal yang juga baru keluar dari Thailand.....Diselang seli ngan loghat inggerisnya laluan ke Kangar makin jelas........Di bawah ialah ladang ternakan ostrich

Empangan Timah Tasoh
LORI bernama INTAN tadi memintas kami di sini....

Turun dari kawasan rehar TImah Tasoh....isian semula tangki dilakukan.........SEDAP giler masakan kat sini.......(atau aku dah lapaq sangat dah)
Keluar dari sini ujan pulak mengiringi kami........jadi kayuahan terhenti henti kejap. Punya la Hardcore mancing....budak nie diteman abang agaknya terus mancing walau ujan lebat!
Panaih sejuk panaih sejuk.............boleh penyakit wo........tapi alhamdulillah hingga ke hari nie masih bersemangat untuk kayuh KPLR semula.....(Sihat la tu!)

Hampir jam 5.00 baru kami sampai......walau sepatutnya perjalanan menempuh 97km tapi kami abihkan dengan 101km sebab sesat.......sempat round bandar Kangar dan masuk jumpa balik simpang yang patut kami amik sebelum jumpa hospital.......

Alhamdulillah .....semuanya selamat..........sihat.......dan masih mampu tertawa.......
Terima kasih kami kepada penganjur yang BERJAYA menambat hati kami pengayuh basikal. Juga kepada Tok Megat yang menjaga kebajikan kami dengan memantau kami. Brahim superbikes yang sabaq ngan kerenah kami dan berkongsi ilmu.........Semua bloggers yang ramah mesra.........Zankx, RamlySP, Lontruth , FaizalComelz , PON HawkMTB, Adiharriman, Odd, wan shahidan dan lain lain yang tak tertulih kat sini.......memang best ride ngan hangpa semua.
Moga aktiviti ini diteruskan pada masa2 akan datang............Mungkin kita tak tau kuasa duit RM50.00 tapi ride kali nie memang berbaloi baloi.........300baht buat belanja pun dah lebih dari cukup
Last picture before balik umah masing masing untuk kayuhan pecah geram kat Abg Mat......Macam macam ada, beli kacang putih bok balik kat anak yang tak tahan tu.......heheheheh! Jumpa Lagi ...........Mohon maaf kalo ada ketelanjuran pada semua.

IKLAN:Anybody interested to have a beautiful, colourful KPLR'09 T-shirt please contact TOk Megat HP 0134331909 TQ.

1 comment:

Long Mie said...

Salaam 3G,

Terima kasih kerana menyertai KPLR09. Sokongan dan kerjasama anda semua sangat luarbiasa. Saya pohon email kan gambar "bersama bloggers dan otai-otai mtb" (18102009081). Ini email saya: sohaimee@gmail.com